Kadar jenayah pecah rumah pada 'Op Selamat 18' sempena perayaan Aidilfitri sejak 29 april hingga 8 Mei di seluruh negara, mencatatkan penurunan.<br /><br />Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Aidi Ismail, hanya 350 kes dicatatkan dalam tempoh tersebut, berbanding 790 kes ketika Op Selamat pada 2019.
